Wednesday, 19 April 2017

Kepentingan Teknologi dalam Bidang Pendidikan Khas


Teknologi maklumat memainkan satu peranan yang amat penting dalam kehidupan disamping membantu Malaysia bergelar sebuah negara maju. Oleh itu pengajaran &  pembelajaran berteraskan komputer telah dikenal pasti sebagai satu bahan yang dapat membantu guru dan pelajar terutama dalam Pendidikan khas secara amnya.

Jaringan teknologi yang luas sekarang tidak membataskan penggunaannya sama ada di peringkat umur sama ada muda atau tua, guru atau pelajar mahupun pelajar2 yang berkeperluan khas. Dengan adanya kemudahan ict pada hari ini mampu meningkatkan lagi kefahaman dan penguasaan pelajar2 terhadap sesuatu pengajaran terutamanya pelajar2 Pendidikan khas yang memerlukan peralatan khas dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Maka, hal ini telah memudahkan proses p&p.

Disamping itu, ict dalam pendidikan khas juga mempunyai beberapa kelebihannya yang tersendiri antaranya, ict ini dapat memberi peluang yang sama kepada semua pelajar khas yang mempunyai pelbagai keupayaan untuk meneroka ilmu penetahuan mengikut keupayaan mereka masing2

Selain itu, ict dalam pendidikan khas juga mampu mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar. Pelajar2 khas ini juga seperti kanak-kanak lain, menginginkan sesuatu yang menyeronokkan dalam pembelajaran. Maka, pembelajaran berbantukan komputer amat sesuai dipraktikkan agar proses p&p dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Pembelajaran yang menggunakan komputer juga memberi peluang kepada pelajar2 khas belajar secara berkesan dengan bimbingan yang minimum. Mereka dapat mengakses maklumat dengan cepat dan ianya dapat dilakukan secara individu.

Dibawah merupakan contoh2 lain kepentingan ICT dalam Pendidikan Khas:-
  • Meningkatkan motivasi murid
  • Membolehkan pembelajaran bersendirian (individualisme learning)
  •  Membolehkan murid mengakses maklumat yang sukar diperolehi
  • Membolehkan murid mengumpul maklumat yang diperlukan
  • Membolehkan murid mencuba atau melaksanakn eksperimen yang sukar ,terlalu mahal,mustahil atau bahaya untuk dilaksanakan dengan cara biasa
  • Meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi murid
  • Memberi peluang kepada murid belajar secara berkesan dengan bimbingan yang minimum

Apa itu Pendidikan Khas

Pendidikan Khas didefinisikan sebagai satu bentuk pendidikan yang disediakan untuk memenuhi keperluan kanak-kanak berkeperluan khas. Selain itu, pendidikan khas juga boleh didefinisikan sebagai program pendidikan yang menggunakan kaedah-kaedah khusus sesuai untuk memenuhi keperluan perkembangan fizikal, intelek, emosi dan sosial individu- individu yang berkeperluan khas, iaitu individu yang mengalami pelbagai kecacatan atau kurang upaya atau yang pintar cerdas (gifted). Kementerian Pelajaran Malaysia menyenaraikan empat kategori murid berkeperluan khas yang merangkumi; 
1. Bermasalah pendengaran 
2. Bermasalah penglihatan 
3. Bermasalah pembelajaran 
4. Murid pintar/berbakat     



Falsafah Pendidikan Khas
 “Pendidikan khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan peroduktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.”


Objektif Pendidikan Khas
  • Menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan khas untuk murid-murid dengan keperluan khas
  • Menyediakan pendidikan yang sesuai dan relevan kepada setiap murid dengan keperluan khas
  • Menyediakan peluang untuk mengembangkan bakat dan potensi murid dengan keperluan khas
  • Menyediakan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang mencukupi dan terkini
  • Memastikan tenaga pengajar yang mencukupi dan terlatih dalam bidang pendidikan khas

Khidmat yang disediakan oleh Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat (Maklumat Pendidikan Khas 2007)
  • Cacat fizikal yang teruk
  • Rencatan akal sederhana dan teruk
  • Pelbagai kecacatan dan
  • Kecacatan yang tidak membolehkan kanak-kanak tersebut belajar di sekolah-sekolah yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kategori kanak-kanak bermasalah pembelajaran di bawah tanggungjawab Kementerian Pendidikan Malaysia adalah:
  • Sindrom Down
  • Autisme ringan
  • Attention Deficit Hyperaktif Disorder
  • Terencat akal minimum
  • Bermasalah pembelajaran spesifik (disleksia)

Konsep Program Khas menurut Akta Pendidikan 1996
Program Khas bererti:

  1. Satu program yang disediakan di sekolah khas* bagi murid yang mempunyai kecacatan penglihatan atau kecacatan pendengaran.
  2. Program Percantuman/Integrasi di sekolah biasa bagi murid-murid yang mempunyai kecacatan penglihatan atau kecacatan pendengaran atau masalah pembelajaran; dan
  3. Program Pendidikan Inklusif bagi murid-murid yang berkeperluan khas yang boleh menghadiri kelas biasa bersama-sama murid biasa.
 
* Konsep Sekolah Khas menurut Akta Pendidikan 1961
Sekolah Khas ialah sekolah yang menyediakan layanan pendidikan yang khas untuk murid-murid yang kurang upaya.

Kepentingan Teknologi dalam Pendidikan

Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran banyak memberi kesan yang baik kepada murid-murid khususnya yang di sekolah rendah. Namun begitu terdapat juga kelemahan yang timbul kesan daripada penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran.

    Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan hasil pembelajaran. Hal ini kerana guru dapat membuat persiapan dan bersedia dengan lebih awal dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui cara ini guru dapat mencari maklumat-maklumat berkenaan dengan pengajaran dengan lebih baik seterusnya dapat menyampaikan kepada pelajar secara berkesan. Melalui penggunaan alat ICT sebagai alat bantu mengajar maka proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik dan dan berkesan contohnya menggunakan alat seperti powerpoint, flash, video, visual dan mereka hanya perlu mengaplikasikan alatan tersebut ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui cara ini proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih mudah, ringkas dan padat kerana pelajar akan didedahkan dengan gambaran dan persembahan menarik serta mudah untuk di fahami. Justeru itu pelajar tidak akan mudah merasa jemu dan bosan dalam menjalani proses pengajaran dan pembelajaran kerana tertarik dengan gaya persembahan yang ditunjukkan melalui ICT.

    Di samping itu kesan penggunaan ICT ialah dapat menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih aktif serta mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Dengan adanya ICT guru dapat mempelbagaikan proses pengajaran dan pembelajaran dan bukan hanya tertumpu kepada teknik pengkuliahan sahaja bahkan dapat mempertingkatkan kualiti pengajaran dengan menggunakan pelbagai kemudahan yang terdapat dalam ICT. Melalui penggunaan alat ICT guru dapat menerangkan kepada pelajar dengan lebih terperinci serta mendalam mengenai sesuatu subjek. Contohnya penggunaan internet sebagai alat untuk mendapatkan maklumat-maklumat terkini mengenai dunia pendidikan. Kemahiran menggunakan internet membolehkan guru dan pelajar mendapatkan maklumat dan pengetahuan yang terkini dengan lebih cepat serta efisen tanpa perlu menunggu masa yang lama seterusnya dapat di gunakan dalam aktiviti pembelajaran. Melalui cara ini kualiti pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan kerana maklumat-maklumat dapat terus di akses kedalam sistem.

   Selain itu manfaat yang diperolehi kesan daripada penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah dapat memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua pelajar yang pelbagai keupayaan. Di dalam sesebuah kelas tidak semua pelajar mempunyai kebolehan yang sama dalam menerima sesuatu yang diajar oleh guru. Justeru itu melalui penggunaan ICT murid-murid dapat memahami apa yang diajar dengan lebih jelas kerana proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik serta berkesan hasil daripada penggunaan alatan ICT tersebut. Contohnya melalui pengunaan alat seperti powerpoint, grafik, audio, video dan sebagainya maka murid-murid akan lebih memahami setiap apa yang di ajar kerana di beri gambaran dan persembahan dan persembahan yang lebih mudah untuk difahami berbanding dengan proses pengajaran dan pembelajaran yang berbentuk pengkuliahan. Melalui cara ini setiap masalah yang timbul dapat segera dimaklumkan oleh pelajar kepada guru kerana mereka mudah bertindak balas terhadap sistem yang diajar menggunakan ICT