10 Gambar

Lix 3D Pen. 
Menjadi salah satu bukti bahwa kita sudah berada di masa teknologi sedang berkembang pesat di masa depan. Kini kita tidak perlu di pusingkan lagi untuk membeli perangkat 3D Printer yang besarnya sampai memakan tempat satu meja makan untuk membuat tampilan Model 3D sederhana.




FingerReader
Memudahkan bagi individu yang mempunyai masalah penglihatan dan disleksia (tidak boleh membaca) untuk membaca fail daripada PDF dan email daripada komputer. 


Jam Braille
Jam ini yang telah direka khas oleh designer terkemuka iaitu Wing Li telah diberi nama OOSH. Jam ini direka khas untuk individu yang mengalami masalah penglihatan terutamanya untuk mereka buta kerana konsep Braille diaplikasi dalam rekaannya. Jam yang mempunyai 64 lubang berfungsi untuk memberitahu maklumat mengenai masa. Perkara ini dapat dilakukan kerana lubang yang dibuat dapat membentuk formasi angka Braille bagi menyampaikan waktu. Bukan itu sahaja, malah jam ini dapat mengeluarkan alarm sama seperti jam-jam digital yang lain.





Thumb Drive
Kemajuan teknologi masa kini telah membawa arus yang baru dalam era penciptaan teknologi. Kalau di masa lalu kita menggunakan pen sebagai bantuan untuk menulis dan sebagainya. Tetapi dengan penciptaan teknologi pada masa kini mencipta teknologi pen yang baru yang dilengkapi dengan ciri-ciri teknologi yang terkini. Teknologi pen yang terkini ini mempunyai ciri-ciri spesifikasi seperti mempunyai spy kamera dan usd (thumb drive) yang dapat menyimpan maklumat yang diperlukan. Pen ini juga boleh dibawa ke mana-mana sahaja kerana rekaanya yang kecil dan memenuhi citarasa pengguna



Suara Batang Pembaca untuk orang buta
Braill digunakan oleh orang buta untuk membaca sesuatu maklumat dan ia merupakan pembelajaran yang amat penting dalam kehidupan harian. Namun demikian, terdapat kesukaran yang berlaku apabila tidak mempunyai bahan yang lengkap seperti buku dan sebarang bentuk maklumat yang ditukar kepada braill. Oleh itu, orang buta sukar untuk mengakses maklumat terkini kerana maklumat braill yang sedia ada berkemungkinan tidak lengkap dan sudah lama. Justeru itu, Stick suara baru telah diperkenalkan oleh Sung Woo Park, stick mudah alih ini merupakan inovasi yang dicipta bagi mengubah alih teks yang mengimbas ke dalam bentuk visual, fungsi OCR sebagai alat untuk menukar maklumat bertulis ke dalam sebatang kayu bersuara. Batang suara boleh digunakan untuk menukar perkataan atau huruf yang dijumpai seperti di dalam buku, surat khabar, kontrak, mel dan sebagainya ke dalam bentuk maklumat bersuara.



EngKey
Robot yang diberi nama EngKey ini dicipta oleh Korea Selatan untuk membantu pelajar sekolah rendah didalam menguasai Bahasa Inggeris. Robot ini yang tingginya 1 meter boleh digunakan oleh guru Bahasa Inggeris sebagai bahan untuk mengajar di sekolah dan ianya kini digunakan di 21 buah sekolah rendah di seluruh Korea Selatan.
Robot ini dicipta untuk menggalakkan kanak-kanak yang malu untuk belajar Bahasa Inggeris kerana ianya bercirikan mesra pengguna. Harga robot ini berjumlah lebih kurang $8700 dan dijangka boleh mengurangkan kos perbelanjaan guru asing  yang mengajar Bahasa Inggeris di negara itu.


Papan kekunci maya
Papan kekunci maya (juga dikenali sebagai papan kekunci onskrin, papan kekunci lembut dan papan kekunci laser maya) adalah kombinasi dari komponen software dan juga hardware yang berfungsi sebagai papan kekunci QWERTY secara maya kepada penggunanya seperti menaip karakter  pada papan kekunci . 
Papan kekunci ini boleh mengesan pergerakan jari anda dan menterjemahkannya kedalam bentuk karakter yang tertera dalam skrin. Papan kekunci maya ini boleh digunakan diatas mana-mana sahaja permukaan.  Selain itu, ia juga boleh digunakan dengan pelbagai telefon pintar (Smartphone) dan juga PDA


Pencil Printer
Alat pencetak ini dicipta untuk menjimatkan penggunaan kertas dan juga dakwat mesin pencetak kerana ianya boleh di padam menggunakan pemadam biasa. Seperti dalam gambar diatas, karbon pensel berfungsi sebagai dakwat mesin pencetak apabila dimasukkan ke dalam katrij dakwat. Sebarang kesalahan akan di padam dengan mudah dan semestinya boleh menggunakan kembali kertas tersebut. Mesin pencetak ini direka oleh Hoyoung Lee, Seunghwa Jeong  dan Jin-young Yoon.



Device Stick Talk
Alat ini membantu anda untuk berkomunikasi dengan mereka yang mempunyai masalah pendengaran dan mereka yang buta, kerana walaupun anda tidak tahu untuk membaca Braille dan isyarat tangan. Jika orang yang anda ingin berkomunikasi adalah seorang yang pekak, anda boleh bercakap dengan alat ini dan ianya akan mengeluarkan perkataan. Dan jika pengguna alat ini seorang yang pekak, pengguna tersebut dengan mudahnya boleh mengeluarkan apa yang difikirnya, walaupun dia tidak tahu bahasa isyarat, dengan menulis ayat diatas tapak tangan menggunakan alat ini, dan ianya akan mengesan apa yang ditulis dan akan menunjukkan teks atau suara. Fungsi alat ini adalah untuk membolehkan komunikasi antara orang buta dan pekak.


iCup
iCup adalah satu konsep inovatif yang direka khas oleh syarikat Apple dimana ianya boleh memanaskan sebarang minuman didalam cawan tersebut dengan menyambungnya dengan mana-mana komputer riba serta mana-mana alat yang boleh disambung dengan sambungan USB. Kunci utama projek ini adalah untuk memudahkan urusan kehidupan penggunanya seharian dimana ianya boleh digunakan dimana sahaja; di taman, di perpustakaan ataupun di tempat kerja.
Logo Apple dihadapan cawan ini sebenarnya berfungsi sebagai penunjuk pemanas yang menunjukkan suhu minuman didalam cawan tersebut. Biru untuk sejuk, oren untuk suam dan merah jambu untuk panas. Selain itu, cawan ini juga sangat mudah untuk dipegang, diguna dan dibasuh untuk kegunaan seterusnya


No comments:

Post a Comment